Sunday 6 April 2014

something new~^^,

Assalamualaikum~~J





Dari Abdullah bin Umar R.A,.: Beliau berkata seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi WaSaLLam dengan berkata: Islam yang bagaimanakah yg lebih utama? Baginda menjawab:  Memberi makan (orang-orang miskin),memberi salam kepada orang yang kau kenali mahupun yang tidak kau kenali..” Hadis Riwayat Bukhari.

Ada apa ngan Salam~?..haa..tu dah ada hadis yg highlightkn kpentingan Salam..:)..So,meh ar kita amalkan menyapa sesame sedara Islam kita ngn kalimah Asslamualaikum..:)..dok susah sgt pun kang sebnarnye..hem3..xpe..pelan2 kite lazimi dgn kalimah itu..insyaallah..hee.

Haa..tu baru intro nye..hehe,,
Lame rasanya x update blog ni..hari ni baru ade mood and masa nk update story..ngeh3..
Nak dijadikan cerita..sedar tak sedar,.dah 7bulan 5hari saya berada di bumi Terengganu ini..wat nape kat ganu ni?study lerr..insyaallah 2 tahun stgh g bru nk abis stdy..lama g tu..so,kautlah segala macam ilmu dan pengalaman serta ciptalah kenangan di bumi Ganu ini..Semoga beroleh keberkatan setiap langkah mencari ilmu dan memperoleh keredhaanNya..insyaallah..
Selama 7 bulan berada di negeri orang ni,and mendapat title seorang PERANTAU setiap kali cuti midsem..banyak mende yg kita dapat..sy belajar cara utk berdikari sendiri, cara utk menguruskn pbelanjaan, cara menyesuaikan diri dgn keadaan sekelililng dan segalanya la..yg ptg ilmu secara informal tu blaku scara x sedar dan secara tak lansung ia lebih mematangkan diri ini.insyaallah..

The important things, dengan keadaan diri ini berjauhan dgn keluarga..ia telah membuatkan saya lebih menghargai dan menyayangi usratii yg jauh di mata..mrindui siblings yg dulunya bagai anjing ngan kucing..kini, menjadi aur ngan tebing kerana air dicincang x akan putus..;)


Semakin lama hidup di dunia ini,semakin terasa diri ini kerdil dan langsung x de apa2..Ya Allah..pimpinlah kami ke jalan yg engkau redhai..:(

Seorang ustaz berkata..ana, kalau boleh nak duduk dalam gua....dunia sekarang kan dah berubah..tp, ustaz kata..tp,kamu ni belom cukup g ilmu di dada..belom g bole duk dalam gua..jadilah seorang yg hebat n cukup ilmu dulu bole duk dalam gua..
Dan yang penting sekali..jangan jadi JAHIL MURAKKAB..tak tahu tpi buat-buat  tahu..Sebab, sikap sedemikian tak baik dijadikan ikutan..jadilah seorang yang expert, dan boleh memberi manfaat kepada yang lain..insyaallah..

Dan sorang g ustaz berkata,  jangan pernah ada rasa dalam hati, kita dah hebat dalam sesuatu benda tu, selagi ada peluang cari ilmu tu, carilah sebanyak yg boleh..sebab akan datang,  kita akan bertemu ngan pelbagai jenis manusia dengan pelbagai soalan yang bakal diajukan kepada kita..mampukah kita menjadi individu yang hebat yang mampu menghadapi dugaan yang mendatang?..masyaallah..


Semoga kita sentiasa menjadi orang yang baik2..baik di mata manusia dan apa yang penting, baik di mata Pencipta segala kebaikan..Allahu Akbar..
Sama2 lah kita ke arah itu..mungkin saya x layak mo smpaikan dan update benda ni..tp,kita sama2 berubah utk mperoleh kebaikan di dunia dan akhirat..insyaallah..
dont blame me due to my past..every person have a chance to changed..
let istiqamah to achieve Mardhatillah..

And I love to shared the best one can give us some spirits:
1)
Jika anda menjadi batu ,jangan jadi batu biasa-biasa,
yang mudah disepak dan dibuang di merata tempat di tepi2 jalan,
tapi,jadilah batu permata yang indah nilainya yang tinggi kualitinya.
Jika anda jadi kayu, jangan jadi kayu biasa-biasa,
Yang mudah reput dimakan anai-anai dan dibuang merata tempat,
Tapi, jadilah anda seperti kayu jati,yang tinggi harganya dan tinggi
nilainya,
Jika anda jadi pemimpin, jangan jadi pemimpin biasa-biasa,
Yang gilakan kuasa dan yg hanya mendapatkan pangkat semata-mata,
Tapi, jadilah anda seperti RASULULLAH SHOLALLAHU ALAIHI WASALLAM
Yg selalu bentang sejadah dan Qudwah hasanah sentiasa terserlah..:)


La haula wala Quwata Illa Billahil Aliil azim~

2)
biar orang jahat ngan kita, jangan kita yang buat jahat ngan orang....
tak semua yangg kita suka itu,baik untuk kita..
dan tak semua yng kita benci tu,buruk utk kita..
sesungguhnya perancangan Allah itu yg tbaik..
RahmatNya itu mngatasi segalanya..